Sebahagian aktivis Yahudi berhaluan kiri menyertai demonstarsi membantah draf rang undang-undang kontroversi yang mentakrifkan Israel sebagai negara Yahudi di Baitulmaqdis, kelmarin. – REUTERS
BAITULMAQDIS 30 Nov. – Beratus-ratus penduduk Israel berhaluan kiri mengadakan demonstrasi membantah draf rang undang-undang kontroversi yang mentakrifkan Israel sebagai negara Yahudi.
Demonstrasi itu dianjurkan oleh badan pemantau penempatan haram Yahudi, Peace Now, di jalan-jalan raya berdekatan kediaman Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.
Penunjuk perasaan membawa kain rentang tertera perkataan: ‘Kami tidak akan membenarkan anda musnahkan negara ini (Israel)’ dan ‘rang undang-udang kerajaan adalah demokrasi untuk Yahudi sahaja’.
Peace Now berkata, demonstrasi itu ‘merupakan peluang bagi penyokong demokrasi untuk menyuarakan pandangan’ terhadap rang undang-undang itu, yang bersifat ‘perkauman dan kekerasan’ dan mendakwa akan mengancam Israel.
Polis berkata, kira-kira 800 orang menyertai demonstrasi tersebut.
Ketika demonstrasi itu diadakan, sebuah sekolah Yahudi-Arab di Baitulmaqdis dibakar dengan sengaja dengan slogan anti-Arab diconteng di tembok sekolah tersebut.
Jabatan Bomba dipanggil untuk memadam kebakaran di sekolah berkenaan yang terletak berdekatan rumah Netanyahu.
Menteri Pendidikan, Shai Piruon menyifatkan kejadian itu sebagai yang paling ganas dan keji serta melanggar asas demokrasi Israel. – AFP
No comments:
Post a Comment