Saturday 27 December 2014

Bina 234 lagi rumah haram Yahudi



GAMBAR yang dirakam 18 Disember lalu menunjukkan sebahagian daripada penempatan haram Yahudi di Har Homa, Tebing Barat.






BAITULMUQADDIS – Pemerintah Israel memberikan kelulusan awal untuk membina sebanyak 234 kediaman baharu di Tebing Barat yang dirampas oleh rejim Zionis dan dijadikan sebahagian kota ini, kata beberapa pegawai kelmarin.
Mereka memberitahu, Israel turut merancang untuk membina 270 kediaman lain di kawasan sama.
Langkah tersebut bercanggah dengan gesaan Amerika Syarikat (AS) dan kuasa-kuasa besar lain supaya pembinaan rumah peneroka haram Yahudi dibekukan.
Kawasan pembinaan berkenaan ditawan oleh Israel semasa perang 1967 dan dijadikan sebahagian bandar ini, namun langkah itu tidak diiktiraf masyarakat antarabangsa.
Penduduk Palestin bagaimanapun mahu kawasan itu dijadikan sebahagian daripada negara Palestin merdeka pada masa hadapan.
“Jawatankuasa perancangan Majlis Perbandaran Baitulmuqaddis meluluskan pembinaan 243 unit rumah di Ramot”, kata seorang jurucakap majlis berkenaan.
“Mereka juga meluluskan rancangan untuk membina sebanyak 270 kediaman di Har Homa. Israel menganggap kedua-dua kawasan itu sebagai kejiranan bandar ini,” tambahnya.
Penduduk Palestin mahu mewujudkan sebuah negara sendiri di Baitulmuqaddis Timur, Tebing Barat dan Genting Gaza.
Israel sebelum ini menyatakan orang Yahudi berhak tinggal di mana sahaja di sini termasuk di timur bandar ini yang dirampas daripada penduduk Palestin.
Sebelum ini, beberapa rundingan damai yang ditaja oleh AS tergendala pada April lalu. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1227&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3N3RGpeF5 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment