Sunday 9 November 2014

Aman buat seketika

Baitulmaqdis: Solat Jumaat di Masjid al-Aqsa berakhir dengan aman walaupun pertempuran berlaku lagi semalam antara penduduk Palestin yang melontar batu ke arah tentera Israel di sebuah kejiranan Arab selain tempat pemeriksaan utama Yahudi di pinggiran bandar itu.
Keadaan menjadi tegang sejak beberapa minggu lalu di masjid yang turut dikenali sebagai Haram as-Sharif dalam kalangan orang Islam manakala penganut Yahudi menggelarnya Temple Mount.
Sejak beberapa bulan lalu, beberapa anggota kanan kerajaan campuran Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu termasuk Menteri Perumahan Uri Ariel dan Timbalan Speaker Parlimen Moshe Feiglin mendesak supaya orang Yahudi turut diberi hak beribadah di situ.
Pada masa sama, jumlah pengunjung Yahudi ke situ turut meningkat, seterusnya menimbulkan kebimbangan orang Islam bahawa ia perancangan golongan berkenaan untuk mengambil alih tempat itu sedikit demi sedikit.
Semalam, 1,300 polis antirusuhan Israel menjaga kawasan sekitar masjid berkenaan di bandar lama Baitulmaqdis seterusnya menutup laluan ke situ bagi melaksanakan arahan kerajaan untuk menghalang lelaki Muslim di bawah usia 35 tahun menunaikan solat di masjid itu.
Polis antirusuhan Israel memeriksa dokumen pengenalan diri selain mengawal pejalan kaki.
Di satu tempat pemeriksaan di Wadi Joz tidak jauh dari bandar lama, kira-kira 500 pemuda Palestin yang dilarang masuk ke pekarangan masjid ketiga paling suci umat Islam itu disebabkan usia yang muda melakukan solat Jumaat selepas membentangkan sejadah mereka di atas jalan raya.
Kumpulan itu dikawal barisan polis antirusuhan Israel lengkap berperisai dan memakai topi keledar, malah ada juga anggota polis berkuda di lokasi itu.
Seorang pemuda terbabit dikenali sebagai Raed berkata: “Kami tidak patah semangat. Biarlah mereka meletakkan sekatan, kami tetap boleh bersolat di sini.”
Sementara itu, Walid Mohammed, 62, menganggap Israel bertanggungjawab menyebabkan ketegangan di situ termasuk puluhan anggota polis yang mengawal keadaan di luar kedai kopinya.
“Rejim Israel bongkak dan itulah punca perbalahan di negara ini. Mereka mahu mengawal Masjid al-Aqsa,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, masalah timbul disebabkan sekatan yang tidak adil dilaksanakan terhadap orang Islam sedangkan penganut Yahudi semakin ramai dibenarkan memasuki pekarangan masjid itu.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 November 2014 @ 5:26 AM


REMAJA Palestin bersiap untuk bertempur dengan tentera Israel di luar kem pelarian Shuafat di timur Baitulmaqdis semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7458#sthash.NPvW210t.dpuf

No comments:

Post a Comment