Seorang penduduk Palestin memegang plakad tertera 'Baitulmaqdis dalam bahaya' ketika menyertai protes di pekarangan al-Aqsa. Gambar kecil: Mahmoud |
Kenyataan itu dikeluarkan beberapa hari selepas pertempuran tercetus antara pemuda Palestin dan pihak berkuasa rejim Zionis selepas penganut Yahudi Ortodoks dibenarkan masuk al-Aqsa dipetik laporan Al-Arabiya.
"Kepimpinan Palestin akan mengambil tindakan undang-undang yang perlu di peringkat antarabangsa jika berlaku pencerobohan sama pada masa depan. Kami tidak akan membiarkan pendatang Yahudi mencetuskan kekacauan di al-Aqsa," tegasnya.
Jumaat lalu, Mahmoud berikrar untuk mempertahankan al-Aqsa dengan apa jua cara untuk memastikan kesucian masjid yang pernah menjadi kiblat pertama orang Islam itu tidak dicemari sewenang-wenangnya.
"Penganut Yahudi tidak mempunyai hak untuk masuk ke al-Aqsa kerana ia adalah salah satu tempat suci orang Islam," jelasnya.
Difahamkan, penganut Yahudi dilarang melakukan sebarang upacara keagamaan di masjid terbabit dan hanya dibenarkan berada di kawasan Tembok Barat.
No comments:
Post a Comment