Penduduk Palestin melaungkan slogan mengutuk kebiadaban polis Israel dalam perhimpunan anjuran Hamas, kelmarin. |
Perhimpunan itu bertujuan mengutuk tindakan polis Israel yang berterusan menceroboh Masjid al-Aqsa.
Penduduk mula berhimpun selepas solat Jumaat sambil melaungkan slogan berjanji untuk membela masjid berkenaan lapor Arab News.
Jurucakap Hamas, Ismail Radwan dalam ucapannya berkata penduduk Palestin di Jerusalem dan Tebing Barat perlu mempertahankan al-Aqsa.
Baru-baru ini, satu pertempuran tercetus antara penduduk Palestin dan polis Israel di pekarangan Masjid al-Aqsa.
Insiden itu dipercayai berlaku selepas sekumpulan pemuda Palestin membantah rancangan rejim Zionis yang membenarkan penganut Yahudi Ortodoks memasuki al-Aqsa untuk melakukan upacara keagamaan mereka.
No comments:
Post a Comment