BAITULMUQADDIS - Peruntukan tambahan berbilion-bilion dolar yang diminta oleh tentera Israel mencetuskan perdebatan mengenai bajet rejim Zionis untuk tahun 2015.
Kementerian Pertahanan Israel meminta peruntukan hampir AS$20 bilion (RM64.5 bilion), meningkat AS$3 bilion (RM9.6 bilion) berbanding tahun 2014 selepas mengambil kira kos perang di Gaza dan perbelanjaan pertahanan di sempadan.
Tentera rejim Zionis sebelum ini meminta peruntukan tambahan AS$2.5 bilion (RM8 bilion) daripada bajet 2014.
Permintaan tersebut mencetuskan kemarahan kementerian lain yang bimbang peruntukan mereka akan dipotong bagi memenuhi keperluan tentera.
Menteri yang paling tertekan susulan permintaan tersebut adalah Menteri Kewangan Yair Lapid. Parti pimpinannya sebelum ini berkempen untuk meningkatkan perbelanjaan awam di Israel.
Menurut media tempatan, Lapid mungkin akan meletak jawatan jika kementerian pertahanan memperoleh peruntukan tersebut dan jika cukai dinaikkan bagi menampung bajet berkenaan. - Reuters
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0916&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3DQllIFH3
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment