Tuesday 23 September 2014

Israel rancang pindahkan kaum Badwi Palestin dari Tebing Barat



GAMBAR yang dirakam pada 18 September lalu menunjukkan seorang wanita Palestin daripada kaum Badwi bersama ternakan biri-biri di kampung Al-Eizariya, Tebing Barat berdekatan Baitulmuqaddis.


BAITULMUQADDIS - Sebuah agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Palestin kelmarin mendesak masyarakat antarabangsa menentang rancangan Israel untuk menempatkan semula beribu-ribu penduduk Palestin daripada suku kaum Badwi yang tinggal di tengah Tebing Barat.
Pesuruhjaya Agensi Bantuan dan Pekerjaan PBB, Pierre Krahenbuhl berkata, tindakan tersebut bakal memberikan jalan kepada Israel bagi meluaskan pembinaan penempatan haram penduduk Yahudi sekali gus mengancam perjanjian mewujudkan dua buah negara di wilayah itu.
"Rancangan ini juga melanggar perjanjian Konvensyen Geneva yang mengharamkan penempatan semula penduduk secara paksa di satu-satu wilayah yang dikuasai.
"Saya mendesak pihak berkuasa Israel tidak meneruskan rancangan penempatan semula ini dan mendesak negara penderma serta masyarakat antarabangsa mengambil satu pendirian tegas untuk menolaknya," katanya.
Gesaan tersebut dibuat ketika satu mesyuarat antarabangsa bagi membincangkan bantuan kepada Palestin diadakan di New York, Amerika Syarikat semalam.
Akhbar Haaretz sebelum ini melaporkan bahawa rancangan untuk memindahkan kira-kira 12,500 kaum Badwi daripada suku Jahalin, Kaabneh dan Rashaida dilakukan tanpa sebarang perbincangan dengan penduduk seperti yang dicadangkan oleh Mahkamah Agung Israel. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3E9Bu1Q8l 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment