|
BAITULMUQADDIS - Pergerakan Hamas menyatakan, tujuh anggotanya terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan Israel di Semenanjung Gaza.
Menurut pergerakan itu dalam satu kenyataan, enam daripada tujuh anggota itu terbunuh hanya di sebuah lokasi.
Ia menyatakan, seorang lagi pejuang meninggal dunia selepas dibom tengah malam semalam.
Kenyataan itu memberitahu, dalam serangan udara semalaman, sebanyak sembilan orang pejuang Palestin yang terbunuh.
Jumlah kematian yang paling tinggi itu menjadikan semalam sebagai hari paling buruk untuk para pejuang Hamas selepas pertempuran meletus sejak tiga minggu lalu.
Pergerakan Hamas berkata, pihak musuh akan membayar harga yang besar ekoran kematian itu.
Tentera Israel menyatakan, beberapa serangan itu dilancarkan bagi membalas serangan roket yang dilancarkan dari Gaza. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz36pIxapWy
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment