Tuesday, 8 July 2014

Hamas ikrar balas dendam


2014/07/08
Foto
Asap berkepul ke udara selepas serangan peluru berpandu Israel di Bandaraya Gaza semalam. - Foto AFP
Foto
Penduduk Palestin berkumpul berhampiran jenazah dua pejuang yang terkorban di rumah mayat Hospital Al-Najar di Rafah selatan Semenanjung Gaza semalam. - Foto AFP

Beri amaran Israel bakal terima padah selepas 7 pejuang terbunuh

BAITULMAQDIS: Kumpulan pejuang Islam Hamas di Gaza berikrar membalas serangan Israel susulan kematian tujuh anggota pergerakan dalam serangan udara pagi semalam, pertempuran paling berdarah sejak pusingan terbaru serangan sejak beberapa minggu lalu.

Hamas berkata “musuh akan menerima padah yang dahsyat” merujuk kepada Israel. Kumpulan itu berkata anggotanya dibunuh ketika serangan udara Israel di dalam terowong yang digunakan pejuang.

Dua pejuang daripada kumpulan berlainan juga terbunuh dalam beberapa serangan berasingan. 

No comments:

Post a Comment