Wednesday, 2 July 2014

Israel balas dendam


Rejim Zionis menyalahkan Hamas atas kejadian penculikan dan pembunuhan itu. 
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar membalas dendam ke atas Hamas mayat ketiga-tiga remaja itu ditemui di bawah timbunan batu berhampiran Hebron, kelmarin.

Menurut tentera rejim itu, pesawat melancarkan serangan udara di 34 kawasan yang kebanyakannya dikuasai Hamas. 
Foto
JENAZAH Yousouf Al-Zagha diusung penduduk tempatan sebelum dikebumikan di kem pelarian Jenin, Tebing Barat semalam.
Ia bagaimanapun tidak mengaitkan serangan itu dengan penculikan berkenaan. 
Sebaliknya, mereka mendakwa serangan dilancarkan selepas Hamas melancarkan 18 serangan roket dari Gaza ke arah wilayah Israel sejak dua hari lalu.

Sehingga ini, Hamas masih berdiam diri mengenai dakwaan penglibatannya dalam kes penculikan pada 12 Jun itu. 

Dalam mesyuarat kabinet keselamatan, rejim Zionis mencadangkan tindakan ‘setimpal’ diambil ke atas Hamas di Tebing Barat sebagai tindak balas ke atas kematian ketiga-tiga remaja berkenaan. 

Dalam perkembangan sama, jurucakap tentera Israel berkata, pihaknya menembak mati seorang remaja Palestin yang didakwa melontar bom ke arah tentera yang cuba menahan seorang rakyat Palestin di kem pelarian Jenin. 

Pegawai Palestin mengenalpasti remaja itu sebagai Yousouf Ibrahim Abu Zagha, 19. 
Penculikan ketiga-tiga remaja Yahudi itu mendorong rakyat Israel mengadakan tunjuk perasaan. 

“Mereka diculik dan dibunuh dengan kejam. Hamas yang bertanggungjawab dan mereka akan menanggung akibat daripada perbuatan mereka,” kata Netanyahu. 

Ketiga-tiga remaja itu - Gil-Ad Shaer, 16, Naftali Fraenkel, 16, dan Eyal Yifrah, 19, - didakwa ditembak selepas diculik dan mayat mereka dikebumikan semalam. 

Israel melancarkan operasi besar-besaran dengan menahan ratusan penduduk Palestin, termasuk puluhan anggota Hamas. 

Ia juga menyebabkan kematian enam warga Palestin. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

No comments:

Post a Comment