Sebahagian waris tahanan melakukan protes di hadapan penjara Israel bagi menuntut pembebasan. Foto: EPA |
RAMALLAH - PALESTIN. - Keadaan kesihatan tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar sejak 24 April lalu di penjara Israel dilaporkan semakin buruk.
Menteri Hal Ehwal Banduan Palestin, Essa Qaraqie memaklumkan, kira-kira 120 tahanan menyertai mogok lapar sebagai protes terhadap penahanan pentadbiran dikenakan rejim Zionis.
"Sebahagian daripada mereka terpaksa dimasukkan ke hospital.
Pihak berkuasa Israel masih tidak mengendahkan tuntutan tahanan Palestin tersebut walaupun kesihatan mereka semakin terancam," katanya dipetik Press TV
Menurutnya lagi, susulan daripada insiden itu, kerajaan Palestin telah menghantar surat kepada Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Hak Asasi Manusia Antarabangsa bagi menuntut mereka campur tangan dalam isu tersebut.
Difahamkan, hampir 200 daripada 5,000 tahanan Palestin kini ditahan di bawah penahanan pentadbiran Israel tanpa melalui perbicaraan adil.

No comments:
Post a Comment