14 Jun 2014
RAMALLAH - PALESTIN. Keluarga tahanan Palestin yang mogok lapar di penjara Israel turut melancarkan tindakan sama sebagai tanda perpaduan dengan saudara mereka.
Menurut Press TV, bapa kepada salah seorang tahanan, Nidal al-Srafeesi nekad mogok lapar sejak lebih dua minggu lalu sebagai sokongan kepada anaknya.
"Mereka tidak akan menamatkan mogok lapar sehingga pihak berkuasa Israel akur dengan tuntutan kesemua tahanan di bawah penahanan pentadbiran.
Susulan daripada itu, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengambil tindakan tegas terhadap rejim Zionis yang melakukan penindasan terhadap tahanan Palestin.
Sejak 24 April lalu, lebih 120 tahanan menyertai mogok lapar walaupun tindakan itu kini mengancam nyawa mereka.
No comments:
Post a Comment