Kepimpinan Hamas dan Fatah mulakan Kabinet baharu hari ini. |
RAMALLAH - PALESTIN. Hamas dan Fatah memulakan pentadbiran kerajaan perpaduan hari ini di Palestin.
Timbalan Perdana Menteri, Ziad al-Zaza berkata, kerajaan sudah bersedia menyerahkan tanggungjawab penuh kepada kerajaan perpaduan selepas Kabinet Hamas bersetuju dengan terma dan syarat dalam mesyuarat ke-343 berakhir Selasa lalu di Gaza.
Jurucakap Fatah, Azzam al-Ahmed berkata, rundingan di Gaza mencapai objektif dengan hala tuju lebih jelas.
April lalu, Hamas dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) termasuk Fatah berikrar menyelesaikan perbezaan pendapat antara mereka dan bersetuju membentuk kerajaan perpaduan.
Menurut Press TV, di bawah perjanjian itu, Hamas dan Fatah harus menubuhkan kerajaan perpaduan dalam tempoh lima minggu dan mengadakan pilihan raya pada enam bulan kemudian.

No comments:
Post a Comment