GAZA 25 Jan. - Tentera Israel menembak mati seorang lelaki dan mencederakan seorang lagi di Genting Gaza berdekatan sempadan Israel semalam.
Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Hamas, Ashraf al-Qudra, mangsa, Bilal Samir Oweida, 20, merupakan orang awam dan ditembak di bahagian dada oleh tentera Israel di timur Jabaliya, utara Gaza.
Walau bagaimanapun, pihak tentera Israel tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140125/lu_01/Tentera-Israel-tembak-orang-awam-seorang-terbunuh#ixzz2rRwp4o7I
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment