Wednesday 1 January 2014

Pembebasan tahanan sebagai pertukaran?

Pembebasan tahanan sebagai pertukaran?1 Januari 2014

Sebahagian daripada tahanan yang dibebaskan Israel semalam.

TEL AVIV - Amerika Syarikat (AS) menafikan dakwaan bahawa pembebasan tahanan Palestin mempunyai kaitan dengan perjanjian pembebasan seorang perisik.

Duta Besar AS ke Israel, Dan Shapiro menafikan pembebasan itu dibuat sebagai pertukaran dengan Israel untuk membebaskan perisik Jonathan Pollard, 58, selepas dijatuhi hukuman penjara seumur hidup di North Carolina kerana didapati bersalah mengintip AS.

“Pembebasan tahanan merupakan sebahagian perjanjian rundingan damai dan tiada kaitan dengan Pollard,” katanya.

Minggu lalu, media Israel melaporkan, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berhasrat meminta AS membebaskan Pollard.

Channel 10 News ada menyiarkan laporan yang mendakwa, sekiranya Israel membebaskan kesemua tahanan Palestin maka Setiausaha AS John Kerry akan membebaskan Pollard sebagai gantian.

Sementara itu, Israel membebaskan 26 tahanan peringkat ke-3 yang merupakan sebahagian daripada tuntutan dalam rundingan damai dengan Palestin.

Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata, walaupun pembebasan itu dibuat, beliau tetap enggan menandatangani perjanjian damai yang ditaja AS itu.

“Kami tidak akan menandatangani perjanjian itu selagi kesemua 104 tahanan belum dibebaskan," katanya, dipetik dari  Press TV.

No comments:

Post a Comment