Tuesday 31 December 2013

Penduduk Israel iri hati

Penduduk Israel iri hati30 Disember 2013

Puluhan rakyat Israel berhimpun di luar kediaman Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, semalam


RAMALLAH - Pendedahan nama pembebasan 26 tahanan Palestin menimbulkan bantahan Israel, di sini, semalam.

Media tempatan melaporkan, puluhan rakyat Israel bertindak berhimpun di luar kediaman Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bagi memprotes tindakan itu.

Netanyu berkata, tindakan pembebasan itu merupakan sebahagian daripada rundingan damai yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

“Mereka tidak boleh ubah keputusan ini. Ia dipersetujui melalui rundingan damai sejak Ogos lalu. Tahanan dibebaskan terdiri daripada mereka yang menerima hukuman penjara antara 19 dan 28 tahun,” katanya.

Menurutnya, Mahkamah Tinggi Israel juga tidak boleh mengubah mana-mana rayuan petisyen kerana ia telah diluluskan oleh kerajaan.

“Penduduk Israel iri hati terhadap pembebasan mereka. Ini adalah sebahagian daripada ‘kemenangan’ pejuang Palestin,” katanya menurut laporan Al Arabiya.

Sejak Ogos lalu, seramai 104  tahanan Palestin dibebaskan sejajar dengan keputusan rundingan damai tersebut.

No comments:

Post a Comment