Tuesday 28 January 2014

Israel diserang penggodam


Baitulmaqdis: Pakar perlindungan data Israel semalam mendedahkan penggodam berjaya menceroboh komputer negara itu, termasuk satu yang digunakan menteri pertahanan rejim Zionis berkenaan dalam hal ehwal orang awam di Tebing Barat.

Ketua Pegawai Teknologi firma Seculert, Aviv Raff memberitahu stesen radio tentera, satu e-mel dihantar ke beberapa syarikat di Israel termasuk organisasi keselamatan.



“E-mel itu mempunyai dokumen dilampirkan dan sesiapa yang membukanya mengakibatkan komputer diserang virus yang membolehkan penyerangnya mengawal komputer berkenaan sepenuhnya, termasuk menjalankan sebarang operasi di dalam rangkaian berkenaan.

“Sebaik menyedarinya kami membatalkan kawalan penggodam dan memaklumkan pihak berkuasa.

“Satu daripada 15 komputer itu milik Jabatan Pentadbiran Awam,” katanya merujuk kepada jabatan yang dikelola kementerian pertahanan itu.

Dia tidak dapat mengenal pasti siapa penyerang itu namun ia disyaki dari Gaza.

Sementara itu, pihak tentera Zionis dalam satu kenyataan berkata laporan mengenai kejadian itu sedang disiasat.

Menurut kenyataan itu, hanya rangkaian Pentadbiran Awam terjejas dengan kejadian itu, namun tidak membabitkan sebarang maklumat rahsia.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/28

No comments:

Post a Comment