Thursday 19 December 2013

Kerugian cuaca buruk cecah RM208 juta

Kerugian cuaca buruk cecah RM208 juta19 Disember 2013
 7,000 keluarga dipindahkan walaupun disekat oleh tentera Zionis.

GENTING GAZA - PALESTIN. Kerugian akibat cuaca buruk di Gaza dianggarkan kira-kira AS$64 juta (RM208 juta).

Menteri Kerja Raya dan Perumahan Yousef Gariz berkata, walaupun berhadapan sekatan, pasukan penyelamat dapat mengawal keadaan dengan memindahkan lebih 7,000 keluarga.

“Lebih daripada 3,300 kediaman terjejas dan hampir seribu musnah. Nilai kerugian kediaman dianggarkan AS$40 juta (RM130 juta), kerosakan jalan raya mencecah AS$12 juta (RM39 juta) dan sektor pengangkutan AS$2 juta (RM 6.5 juta),” katanya.

Menurutnya, sektor industri dan komersial mengalami kerugian sekitar AS$3 juta (RM9.7 juta) dan sektor pertanian mencapai AS$7juta (RM22.8 juta).

Dalam perkembangan berasingan, Hamas bersetuju menyertai kerajaan perpaduan dengan Fatah.

Agensi berita Ma’an melaporkan, Hamas secara rasmi memaklumkan perkara itu kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

“Pemimpin Hamas, Khalid Mashaal dan Perdana Menteri Ismail Haniyeh menghubungi Mahmoud untuk membincangkan hal itu,” memetik laporan tersebut kepada PIC.

No comments:

Post a Comment