
Sebelum insiden tersebut, kumpulan itu dilaporkan berhimpun di kampung Negev di Houra untuk menyertai kempen anti-Israel terbabit.
Bagaimanapun, pertempuran tercetus selepas pihak berkuasa bertindak ganas untuk menyuraikan mereka dan 11 penunjuk perasaan turut ditahan.
"Kami tinggal di sini sejak lebih 60 tahun lalu iaitu sebelum Israel merampas wilayah ini pada 1948. Aduan juga telah dikemukakan kepada mahkamah, namun tiada sebarang tindakan dibuat," kata Maqbul Saraya, 70.
Menurut Press TV, Januari lalu, kerajaan Israel telah meluluskan penempatan semula kira-kira 40,000 penduduk Badwi Palestin dan merobohkan 40 kampung serta merampas tanah mereka di Negev.
Difahamkan, ratusan ribu penduduk Badwi Palestin membantah rancangan penempatan semula itu kerana rejim Zionis sengaja mahu menempatkan mereka di kawasan tidak mempunyai kemudahan.
No comments:
Post a Comment