Tel Aviv: Bekas Perdana Menteri Israel Ehud Olmert berkata, penggantinya Benjamin Netanyahu merosakkan hubungan baik negara itu dengan Amerika Syarikat.
Bercakap sebelum persidangan keselamatan, Olmert berkata, kritikan umum Benjamin Netanyahu terhadap perjanjian nuklear Amerika dengan Iran bersifat provokatif dan tidak produktif. Menurutnya, dia juga akan menentang tindakan Presiden AS itu tetapi akan melakukannya secara rahsia.
Dalam reaksi balasnya, Netanyahu berkata dia mengambil pendekatan bebeza daripada orang lain apabila membabitkan keselamatan rakyat Israel dan tidak akan berdiam diri.
Netanyahu menyifatkan perjanjian sementara dengan Iran itu “kesilapan bersejarah” dan mengisytiharkan Israel tidak terbabit dengan perjanjian berkenaan. - Agensi
No comments:
Post a Comment