Monday, 30 December 2013

Israel diserang roket dari Lebanon




SEORANG askar Lebanon memegang serpihan bedilan artileri di sempadan negaranya dengan Israel.


BAITULMUQADDIS - Beberapa buah roket dilancarkan dari Lebanon ke utara Israel semalam yang turut diiringi dengan bunyi dentuman yang kuat.
Penduduk di bandar Kiryat Shmona, utara Israel terjaga daripada tidur apabila mereka mendengar bunyi yang kuat ekoran serangan roket tersebut.
Namun, jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld berkata, tiada laporan tentang kecederaan dan kemusnahan akibat serangan itu.
Sejurus selepas serangan itu, tentera Israel menyatakan bahawa tembakan meriam dilepaskan ke arah lokasi serangan roket tersebut.
Menurut sebuah agensi berita Lebanon, sempadan negara itu dihujani dengan bedilan artileri tentera regim Zionis.
Lebih 20 bedilan artileri tentera Yahudi dihalakan ke arah sempadan Lebanon dengan Israel di Rachaya.
Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan serangan tersebut.
Beliau menyatakan, kerajaan dan tentera Lebanon bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Sempadan Lebanon dengan Israel tenang sejak peperangan berlangsung selama sebulan melibatkan kedua-dua negara pada tahun 2006.
Namun, terdapat insiden yang berlaku pada awal bulan ini apabila seorang penembak tepat tentera Lebanon mati dibunuh seorang askar Israel. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1230&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2ou0JGQTG 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment