Sunday 24 November 2013

Pesakit menderita tiada ubat

Pesakit menderita tiada ubatPesakit berhadapan maut susulan kekurangan ubat.

BETHLEHEM - PALESTIN. Pusat Hak Asasi Manusia Palestin melaporkan, ramai pesakit leukemia di Genting Gaza menderita kerana tiada bekalan ubat sejak 11 bulan lalu.

Susulan laporan itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas didesak supaya campur tangan dalam usaha menyelamatkan ratusan pesakit dengan mengarahkan Kementerian Kesihatan di Ramallah untuk menyediakan bekalan ubat dengan segera.

Menurut laporan PIC, pesakit Rheumatoid Arthritis pula dilaporkan terputus bekalan ubat sejak lebih dua tahun lalu.

Menurut laporan itu , pesakit leukemia yang perlu mengambil ubat Glivec terpaksa membeli sendiri ubat di Farmasi Jabatan Darah di Hospital Shifa namun farmasi itu tidak menerima bekalan ubat mencukupi sejak tahun lalu dari Kementerian Kesihatan Ramallah.

Jurucakap Hak Asasi Manusia Palestin berkata, sebelum ini pihaknya bertanggungjawab mendapatkan bekalan tersebut namun pihak berkuasa Ramallah hanya menghantar 810 tablet sebulan.

No comments:

Post a Comment