Ribuan penduduk Palestin meraikan ulang tahun pertama 'perang lapan hari' di Genting Gaza.
RAMALLAH - Israel bertindak mempercepatkan pembinaan projek penempatan haram di Tebing Barat, berhampiran Timur al -Quds.
Media melaporkan, projek yang dirancang bulan lalu itu, melibatkan pembinaan 1,500 rumah di Issawiya, Al-Tur dan Ramat Shlomo.
“Pihak Berkuasa Israel mendedahkan, matlamat sebenar projek itu adalah untuk menghalang pembinaan penempatan Palestin dan bukannya untuk memelihara alam sekitar seperti dijelaskan Israel,” menurut laporan itu.
Bagaimanapun, media menyifatkan, tindakan itu berkaitan dengan keputusan kumpulan perunding Palestin yang meletak jawatan kelmarin.
Memetik laporan Press TV, keputusan peletakan jawatan terbabit dibuat selepas kumpulan perunding damai menyalahkan Presiden Mahmoud Abbas kerana gagal menghentikan pembinaan penempatan haram Israel di tanah penduduk Palestin.
Sementara itu, ribuan rakyat Palestin meraikan ulang tahun pertama perang lapan hari di Genting Gaza, kelmarin.
Perang tercetus pada 14 hingga 21 November tahun lalu itu ditamatkan selepas rejim Israel dan Hamas bersetuju melakukan gencatan senjata selepas mendapat jaminan Mesir.

No comments:
Post a Comment