Friday 6 September 2013

Masjid Ibrahim ditutup

Masjid Ibrahim ditutupMasjid Ibrahim menjadi rebutan penduduk Palestin dan Yahudi di Hebron.

HEBRON - PALESTIN. Pihak berkuasa Israel semakin biadab apabila sengaja menutup Masjid Ibrahim kepada penduduk Palestin, semalam.

Tindakan penutupan masjid itu dikatakan bagi memberi laluan kepada masyarakat Yahudi untuk meraikan sambutan tahun baru di tapak yang sama.

Ketua Pemimpin Hebron, Tayseer Abu Seina berkata, keputusan Israel menutup masjid dan dibuka hanya kepada orang Yahudi adalah melanggar kesucian masjid tersebut.

"Masjid ini dikongsi Muslim dan Yahudi. Tetapi, Israel keterlaluan apabila sering menutup masjid tersebut bagi memberi laluan kepada penduduk Yahudi untuk melakukan upacara keagamaan," katanya dalam laporan PIC.

Mufti Baitulmuqaddis, Sheikh Muhammad Hussein berkata, keputusan itu seperti sengaja dilakukan bagi menyekat umat Islam menunaikan solat Jumaat.

"Kami semakin bimbang apabila Israel terus membahagiakan kawasan masjid kepada Yahudi. Keadaan itu dapat dilihat selepas Masjid Al-Aqsa kini berada di bawah kawalan penuh Israel," katanya.

No comments:

Post a Comment