Pasukan keselamatan mengawal sekitar Bukit Golan.
BUKIT GOLAN - ISRAEL. Israel mengambil kesempatan daripada krisis di Syria dengan membenarkan sebuah syarikat cari gali minyak Amerika Syarikat (AS) menerokai minyak di Bukit Golan.
Media tempatan melaporkan dalam Press TV, sumber syarikat cari gali sebagai berkata, kebenaran pengeluaran permit cari gali minyak itu diberi kepada syarikat Gebeie Energy New Jersey, AS.
Bagaimanapun, penganalisis politik Yaron Ezrahi berkata, tindakan itu dilihat sebagai amaran awal Israel bahawa Bukit Golan tidak akan menjadi milik Syria semula.
“Keputusan itu sengaja dilakukan ketika Syria berada di ambang perang. Tindakan ini menunjukkan kerajaan rejim Bashar Al Asaad tidak bebas untuk menangani masalah ini dan tentera rejim tidak boleh menimbulkan ancaman kepada Israel ketika ini,” katanya.
Menurutnya, langkah itu juga dilihat sebagai helah Israel untuk meningkatkan komitmen di kawasan diduduki di Bukit Golan.
Pada 1967, Israel menawan Bukit Golan daripada Syria dalam Perang Enam Hari termasuk menawan Tebing Barat dan Genting Gaza.

No comments:
Post a Comment