- Rejim elak beri suntikan vaksin kepada kanak-kanak Palestin.
BAITULMUQADDIS - Kementerian Kesihatan Israel menafikan hak lebih 4,000 kanak-kanak Palestin daripada menerima suntikan vaksin polio di Timur Baitulmuqaddis.
Penyelaras tempatan vaksin, Sameeh Abu Rumailah berkata, ratusan keluarga dari Kofr Aqab terpaksa pulang hampa apabila gagal mendapatkan vaksin itu selepas Kementerian
Kesihatan Israel mendakwa nama kanak-kanak tersebut tidak disenaraikan sebagai penerima suntikan.
“Israel menafikan hak lebih 20,000 kanak-kanak dari kumpulan umur satu hingga sembilan tahun untuk mendapatkan vaksin yang diklasifikasikan sebagai suntikan wajib dan sebahagian daripada hak asasi manusia global dengan alasan tidak logik,” katanya kepada PIC.
Menurutnya, Kementerian Kesihatan menyatakan, mereka tidak menerima arahan untuk menyuntik kanak-kanak di kawasan itu yang didiami oleh lebih 80,000 penduduk.

No comments:
Post a Comment