Zionis tutup masjid
Tentera Israel berkeras mahu menutup Masjid Ibrahim pada minggu terakhir Ramadan.
HEBRON - Pihak berkuasa Israel semakin melampau apabila mengeluarkan arahan untuk menutup Masjid Ibrahim di selatan Tebing Barat pada minggu terakhir Ramadan.

Pengarah Wakaf Hebron, Tayseer Abu Sneineh berkata, tindakkan itu dilakukan bagi memberi laluan kepada masyarakat Yahudi untuk meraikan hari pertama bulan Ayloul.

"Arahan itu seolah-olah sengaja dilakukan bagi menyekat penduduk Islam berkunjung ke masjid berkenaan bagi merebut malam Lailatul Qadar," katanya dipetik WAFA

Sejak 20 tahun lalu, rejim Zionis mewujudkan garis sempadan antara masyarakat Islam dan Yahudi di Masjid Ibrahim selepas mendakwa tapak masjid itu merupakan hak mereka.