Tuesday, 25 June 2013

Rakyat Palestin Arab Idol


GAZA/RAMALLAH 23 Jun - Penyanyi majlis perkahwinan dari Gaza, Mohammed Assaf (gambar) mencipta sejarah apabila diumumkan sebagai pemenang pertandingan nyanyian, Arab Idol di Beirut malam tadi.
Pemuda berumur 22 tahun yang berasal dari kem pelarian di Genting Gaza itu menarik perhatian berjuta-juta pengundi di rantau ini dengan menyanyikan lagu patriotik dan lagu tradisional Palestin.
Mohammed Assaf berjaya mengalahkan peserta dari Mesir, Ahmed Hamal dan Farah Youssef dari Syria dalam pertandingan akhir yang disiarkan secara langsung oleh badan penyiaran Arab Saudi, MBC Group.
Sejurus selepas diumumkan sebagai pemenang, pemuda itu menyatakan kemenangannya hasil daripada penderitaan rakyat Palestin yang dijajah sejak beberapa dekad lalu.
Dia juga dinamakan sebagai Duta Belia Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) dan Duta Muhibbah Palestin oleh Presiden, Mahmoud Abbas selepas diumumkan sebagai pemenang pertandingan itu.
Terdahulu, penduduk di sekitar Gaza berkumpul di hadapan televisyen untuk melihat persembahan Mohammed Assaf.
Bank Palestin juga dilapor melaburkan wang dalam kempen untuk memastikan kemenangannya dalam pertandingan itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130624/lu_04/Rakyat-Palestin-Arab-Idol#ixzz2XB7S2kSr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment