Friday 14 June 2013

Pembinaan rumah Israel membunuh hubungan 2 hala

TEBING BARAT - Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah mendakwa rancangan Israel untuk mendiri 1,000 perumahan baru di Tebing Barat hanya akan terus membunuh dan menjejaskan lagi hubungan di antara dua negara itu.

“Masyarakat antarabangsa mesti mengambil tindakan sebelum penyelesaian ini berakhir begitu saja,” kata Hamdallah.

Sebelum ini, Israel ada meminta pihak berkuasa zon Israel di wilayah yang diduduki meluluskan pembinaan 550 unit rumah di Bruchin.

Setakat ini, sebanyak 350 sudah didiami dan ia tidak pernah didedahkan sebelum ini.

Pihak berkuasa zon juga menerima pelan bagi membina 537 kediaman bersama kelulusan retrospektif dan daripada 130 buah rumah dibina tanpa permit yang sah.

Cadangan membina perumahan itu telah diumumkan sejak 2012 walaupun tanpa keizinan Palestin.

Menurut Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, rundingan dengan Israel hanya boleh disambung semula selepas pembekuan ke atas pembinaan rumah-rumah berkenaan.

Israel dan Amerika Syarikat (AS) juga telah menggesa Abbas supaya kembali mengadakan rundingan tanpa meletakkan sebarang syarat.

Untuk rekod, sebanyak 500,000 rakyat Israel telah menetap di Tebing Barat dan timur Palestin sejak 1967.

Manakala kira-kira 2.5 juta rakyat Palestin tinggal di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis.

No comments:

Post a Comment