Saturday 22 June 2013

Israel dera kanak-kanak

Israel dera kanak-kanak
Tentera Israel berterusan melakukan penderaan terhadap kanak-kanak di Tebing Barat.
TEBING BARAT - Sebuah badan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa, tentera Israel melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak Palestin termasuk mendera dan mempergunakan mereka sebagai perisai manusia.

Jurucakap Jawatankuasa Hak Asasi Kanak-Kanak PBB berkata, kanak-kanak Palestin di Gaza dan Tebing Barat yang dikuasai Israel semasa perang 1967 secara rutin dinafikan pendaftaran kelahiran dan persekolahan serta akses kepada penjagaan kesihatan.

“Hampir setiap hari kanak-kanak Palestin ditahan tentera Israel dan polis. Mereka dilayan buruk dan diseksa,” katanya kepad Reuters.

Menurutnya, kanak-kanak di dalam tahanan juga menerima nasib sama apabila mereka dipukul dan tidak diberi makan.

Dalam perkembangan lain, Pengawal Keselamatan Israel menembak mati seorang lelaki di al-Uuds, Tebing Barat, semalam.

Jurucakap polis Micky Rosenfeld berkata, pengawal itu melepaskan tembakan ke arah lelaki berusia 45 tahun itu selepas menyangka beliau adalah rakyat Palestin.

“Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika orang ramai sedang dalam perjalanan menunaikan solat Jumaat,” katanya.

Menurutnya, pengawal keselamatan terbabit melepaskan beberapa das tembakan ke arah lelaki tersebut hingga menyebabkan ramai penduduk awam lari bertempiaran.

“Kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan dipercayai mengambil barang dari begnya namun perbuatan itu disalah ertikan oleh pengawal berkenaan lalu dia menembak mangsa,” katanya.

No comments:

Post a Comment