Tuesday 4 June 2013

Hamdallah dilantik PM Palestin baharu


RAMALLAH, Tebing Barat - Presiden Mahmoud Abbas kelmarin melantik seorang ahli akademik sebagai Perdana Menteri Pentadbiran Palestin yang baharu, Rami Hamdallah.
Pelantikan tersebut dibuat susulan peletakan jawatan, Salam Fayyad.
Abbas melantik Hamdallah untuk menggantikan Salam yang tidak disenangi oleh beliau kerana gemar membuat keputusan sendiri.
Pelantikan itu dilihat dapat mengukuhkan lagi kuasa Abbas kerana beliau bersikap patuh kepada arahan Presiden tersebut.
Perdana Menteri baharu itu diberi tanggungjawab membentuk pentadbiran baharu yang terdiri daripada kalangan teknokrat dan bukan ahli politik.
Beliau merupakan anggota Parti Fatah yang diterajui oleh Abbas.
Hamdallah tidak mempunyai pengalaman politik atau pentadbiran tetapi seperti Fayyad, beliau dihormati dalam kalangan anggota akar umbi pergerakan Fatah.
Hamdallah yang menerima pendidikan Inggeris merupakan seorang profesor dan dekan di Universiti Al-Najah di Tebing Barat sejak 15 tahun lalu. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0604&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2VC09GhAv 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment