Wednesday 22 May 2013

Al-Aqsa digali Yahudi



Ramallah: Pihak berkuasa Israel semalam mula menjalankan kerja penggalian berhampiran kompleks Masjid Al-Aqsa.

Rejim Zionis itu turut membatalkan lawatan pegawai Pertubuhan Pelajaran, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang sepatutnya memeriksa kerja pemuliharaan di Bandar Lama Baitulmaqdis.


Ketua Jabatan Wakaf Baitulmakdis, Sheikh Azzam Al-Khatib berkata, rejim Israel itu memulakan kerja penggalian di Plaza Barat dan di kawasan istana Umayyah yang selari dengan tembok selatan Masjid Al-Aqsa.

Kerja penggalian di plaza berkenaan bertujuan untuk membina apa yang dipanggil Strauss House, rancangan yang diluluskan oleh pihak berkuasa Israel pada 2010.


Bangunan empat tingkat seluas 944 meter persegi adalah tambahan kepada bangunan sedia ada yang seluas 772 meter persegi di plaza itu.


Sheikh Azzam juga berkata, rejim Israel turut memulakan kerja penggalian baru di kawasan istana Umayyah untuk membina rangkaian jambatan dan tangga besi di kawasan bersejarah itu bagi memindahkannya ke kawasan yang dinamakan kuil kedua.

Pegawai Israel berkata, rejim itu menolak kenyataan Menteri Luar Palestin Riyad Al-Maliki yang merujuk lawatan UNESCO sebagai ‘siasatan terhadap tindakan penjajah’ di bandar raya itu.


“Kerana itu kami membatalkan lawatan berkenaan,” katanya. - AP

No comments:

Post a Comment