Friday, 5 April 2013

Dua remaja Palestin mati ditembak




SEORANG askar Israel menghalakan senjata api ke arah beberapa penunjuk perasaan yang membaling batu di bandar Hebron, wilayah Palestin kelmarin.


HEBRON, wilayah Palestin - Askar-askar rejim Zionis menembak mati dua orang remaja Palestin dalam satu pertelingkahan di Tebing Barat, kata beberapa petugas perubatan semalam.
Kejadian itu meningkatkan lagi ketegangan yang sedia ada berikutan kematian seorang banduan Palestin di sebuah penjara Israel kerana menghidap kanser tekak.
Kejadian tembakan itu berlaku lewat petang kelmarin di bandar Tulkarem.
Kematian tersebut berlaku selepas dua hari tunjuk perasaan dan mogok umum berlangsung ekor kematian banduan Palestin itu, Maysara Abu Hamdeya.
Tentera Israel berkata, askar-askar Israel melepaskan tembakan ke arah para penunjuk perasaan yang membaling bom petrol ke arah sebuah pos kawalan tentera di bandar berkenaan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0405&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2PXUDNEhc 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment