Friday, 22 March 2013

Turki dan Israel Sepakat Pulihkan Hubungan Diplomatik


22 Mac 2013

Pejabat Perdana Menteri Negara Haram Israel telah mengesahkan kesepakatan antara Tel Aviv dan Ankara untuk memulihkan hubungan diplomatik.

Perdana Menteri rejim Zionis mengeluarkan kenyataan bahawa Benyamin Netanyahu telah memohon maaf kepada Turki atas serangan pasukan tentera rejim Zionis ke atas kapal Mavi Marmara, konvoi kapal pengangkut bantuan kemanusiaan Flotilla untuk rakyat Gaza pada 2010 yang telah membunuh sembilan aktivis Turki.

Permohonan maaf Netanyahu kepada Turki itu dikemukakan hari ini dalam perbualan telefon beliau dengan rakan sejawatnya dari Turki Recep Tayib Erdogan. Hubungan telefon yang pertama kali sejak keganasan 2010 tersebut adalah inisiatif Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang berkunjung ke Palestin yang di jajah. Tujuan panggilan telefon tersebut bertujuan pemulihan hubungan diplomatik Negara Haram Israel dan Turki serta penghantaran kembali para duta besar kedua negara.

Dalam beberapa tahun kebelakang ini, Turki berusaha menggalang dukungan dan kepercayaan dari negara-negara Arab, dengan mengistiharkan telah memutus hubungannya dengan rejim Zionis Israel.

No comments:

Post a Comment