Saturday, 9 October 2010

2 Penduduk Hebron Dilanggar

Imej9 Oktober 2010 - Pengarah persatuan "Ir David", David Parry, aktivis sayap kanan, melanggar dua kanak-kanak penduduk Palestin selepas solat Jumaat di Silwan dengan alasan mereka cuba melemparkan batu ke arah keretanya.
Diberitakan kanak-kanak tersebut hanya mengalami luka ringan dan dikejarkan ke hospital berdekatan.

Jawad Siyam, Pengarah Pusat Maklumat Wadi Helwah, Silwan, selepas solat Jumaat sekumpulan kanak-kanak menuju ke arah pendatang Yahudi yang berhampiran sebelum mereka dilanggar.

Pendatang Yahudi memecut lari setelah mendapati penduduk Palestin dikawasan tersebut begitu marah dengan keadaan tersebut.

Anak Dan Ibu Syahid

Imej9 Oktober 2010 - Seorang ibu berumur 70 tahun, Hanieya Auda syahid setelah bertahan dua minggu dihospital, berada dalam keadaan luka parah setelah ditembak rejim Israel dalam operasi penangkapan dan penentangan terhadap penduduk Silwan, Selatan Masjid al Aqsa.

Hanieya Auda adalah ibu kepada isteri Samer Sarhan yang syahid pada Rabu 9 September 2010 yang lalu apabila bertempur dengan tentera rejim Zionis.

Haneiya Auda semasa dihantar ke hospital disahkan doktor lumpuh sepenuhnya akibat tembakan tersebut. 

Samer Sarhan syahid dibunuh dalam pertembungan antara penduduk Palestin dan rejim Israel di Shalon, Selatan al Aqsa.

Friday, 8 October 2010

11 Cedera Dalam Beberapa Serangan Israel Di Gaza

Imej8 Oktober 2010 - Sumber perubatan Palestin melaporkan 11 rakyat Palestin cedera pada hari Khamis di Gaza setelah tentera Israel melancarkan beberapa serangan udara, dan berusaha untuk membunuh seorang pejuang penentang. Beberapa buah rumah dilaporkan rosak.

Pihak tentera menembak sebuah misil ke arah sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang pejuang senior dari Briged Helang Palestin, sebuah kumpulan bersenjata yang dibentuk di Gaza pada tahun 2008. Misil tersebut telah mengenai bahagian tepi kenderaan berkenaan yang menyebabkan kerosakan teruk serta mencederakan dua orang penumpang dan dua orang yang berada berhampiran tempat kejadian.

Sebelum itu pada hari yang sama, seorang pekerja tercedera di Bait Lahia, bahagian utara Jalur Gaza, setelah askar Israel melepaskan tembakan ke arahnya. Pekerja tersebut cedera di peha; kecederaannya walaubagaimanapun dilaporkan ringan.

Pihak tentera melakukan dua serangan udara lainnya dengan mensasarkan tanah-tanah pertanian di kawasan tempat tinggal Al-Zeitoun dan Juhr ad-Deek, di Timur Gaza. Tiada kecederaan yang dilaporkan.

Thursday, 7 October 2010

Tentera Israel Serang Penunjuk Perasaan Berhampiran Bait Laham

Imej
7 Oktober 2010 - Bait Laham - Tentera Israel menggunakan gas pemedih mata dan bom bunyi pada hari Rabu untuk menyuraikan para penunjuk perasaan warga Palestin dan antarabangsa di kampung Bait Fajjar berdekatan bandar Bait Laham di selatan Tebing Barat.

Mereka memprotes serangan yang dilakukan oleh pendatang Israel ke atas masjid kampung tersebut pada hari Selasa lalu. Pendatang Israel telah menyerang masjid tersebut pada waktu subuh hari Selasa dan membakarnya.

Hari ini, askar Israel terpaksa bergelut dengan para pemuda tempatan yang bertindakbalas terhadap gas pemedih mata yang mereka lontarkan dengan batu. Sumber-sumber tempatan melapurkan tidak ada yang tercedera.

Gaza Di Bom Lagi

Imej7 Oktober 2010 - Gaza - Serang bom telah dilakukan oleh pesawat dikawasan al-Nasser Maqqousi di barat Gaza, setakat ini tidak ada dilaporkan sebarang kecederaan kecuali rumah yang hancur terkena bom.
Letupan tersebut dapat dirasai sekitar bandar Gaza, ambulan dan anggota pertahanan awam berkejar ke lokasi, keadaan panik berlaku terutama kepada kanak-kanak.

Juru cakap perkhidmatan perubatan di Gaza, Abu Adham dalam kenyataannya, tiada kecederaan setakat ini dilaporkan hanya kerosakan harta benda sahaja.

Beberapa saat kemudian, letupan sebutir bom lagi boleh didengari di kawasan timur Zeitoun, mensasarkan kawasan yang tidak berpenghuni.

12 Penduduk Palestin Diculik Lagi

Imej7 Oktober 2010 - Tebing Barat - Hari ini sahaja sudah dua belas penduduk Palestin di Tebing Barat diculik oleh rejim Israel dalam beberapa serangan dan pengelidahan di beberapa kawasan.

Radio Ibrani mengatakan, bahawa tentera Israel menyerbu bandar dan desa di Tebing Barat dan merosakkan puluhan rumah yang lain dalam operasi pengelidahan tersebut.

Mereka di sifatkan sebagai 'paling dikehendaki' dibawa ke pusat tahanan untuk disoal siasat.

Sebenarnya rejim Israel hampir setiap hari melakukan operasi menculik penduduk sebagai salah satu cara untuk menakut-nakutkan mereka dan semalam sahaja 6 Oktober 2010 lima penduduk diculik di Ramallah dan Jenin.

Tuesday, 5 October 2010

Tentera Israel Serbu Penjara Nafkha Dan Serang Tahanan

Imej5 Oktober 2010 - Tebing Barat - Anggota bersenjata unit Nahsyoon bawah naungan pihak berkuasa penjara Israel telah menyerang tahanan di seksyen 14 penjara Nafkha secara mengejut.

Menurut Persatuan Pembebasan Tahanan, anggota bersenjata tersebut telah mendatang malapetaka di dalam seksyen tersebut sebelum menimbunkan tahanan-tahanan di dalam beberapa bilik. Ini menyebabkan keadaan tahanan-tahanan dari seksyen-seksyen yang lain bertukar menjadi tegang.

Persatuan tersebut menganggap perkara ini sebagai satu jenayah berbahaya yang dilakukan secara senyap oleh anggota bersenjata penjara terhadap tahanan.

Persatuan itu menegaskan bahawa tahanan-tahanan di penjara Israel bakal mengistiharkan kebangkitan menentang penindasan yang dilakukan secara berterusan ke atas mereka.

Lebih kurang tujuh ribu tahanan lelaki dan wanita di dalam penjara-penjara Israel yang hidup di dalam keadaan yang amat sulit, sukar dan gaya hidup yang tidak menepati keperluan kemanusiaan.

5 Lagi Diculik

Imej5 Oktober 2010 - Tentera Israel menembak penduduk Palestin di daerah Qalqilya menyebabkan seorang cedera. 
Radio Ibrani berkata, '3 penduduk Palestin tersebut berasal dari daerah Habla bersama rakannya memandu kereta curi cuba melalui halangan sekatan jalan yang dilakukan oleh tentera Israel di Kafr Saba'. Menurut radio tersebut, sekatan tersebut memaksa tiga orang dari mereka keluar dari kereta dan mula melarikan diri dari tempat itu sehingga memaksa tentera Israel melepaskan tembakan di udara dan kemudian menembak kaki salah seorang dari dari mereka mengakibatkan kecederaan. Mangsa yang cedera ditangkap manakala tiga yang lain masih melepaskan diri. Dalam pada itu, tentera Israel menculik lima warga Palestin yang disebut sebagai 'Paling di Kehendaki' dalam serbuan di beberapa tempat di Tebing Barat. Radio tersebut menambah, bahawa tentera Israel meneruskan kempen serangan dan serbuan dari bandar-bandar dan kampung-kampung di Tebing Barat waktu sebelum subuh dan menculik empat warga di bandar Ni'lin, barat Ramallah, dan satu lagi di bandar Jenin. Mereka dibawa pergi ke pusat-pusat tahanan untuk disoal siasat.






Monday, 4 October 2010

Statistik: Israel Culik 485 Rakyat Palestin Bulan Lepas

Imej4 Oktober 2010 - Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Agung Kebangsaan Bantuan Tahanan melaporkan penangkapan yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap penduduk Palestin telah meningkat pad September 2010. Bilangan individu yang ditangkap pada bulan lepas mencapai 485 orang, kebanyakkannya dari Baitulmaqdis.

Laporan yang dikeluarkan pada hari Ahad(3/10) menyatakan, jumlah penangkapan yang dilakukan pada bulan lepas sebanyak 485 orang di antara mereka adalah 3 orang wanita dan lebih kurang 90 orang kanak-kanak. Antara tahanan kanak-kanak yang paling muda ialah berusia 13 tahun yang ditahan reman selama 10 hari dan dikenakan hukuman ketenteraan di mana dia tidak boleh pulang ke rumah dalam tempoh 15 bulan.

Laporang itu juga menyebut, serangan penangkapan itu tidak mengira sesiapa malah ia melibatkan aktivis-aktivis asing di Palestin. Seorang aktivis Amerika dan Britain ditangkap ketika menjalankan aktivi-aktiviti mereka membantah pembinaan dinding pemisah dan perampasan tanah di Bil'ein.

Riyad al-Asyqar Ketua Media Jawatankuasa tersebut menjelaskan, pada bulan lepas beliau menyaksikan penindasan yang paling zalim di dalam penjara-penjara Israel. Penindasan ini dilakukan dengan mengabaikan layanan dan khidmat perubatan yang sepatutnya diberi kepada tahanan-tahanan yang menghidap pelbagai penyakit yang merebak.

Al-Asyqar memberi tumpuan pada senarai tahanan-tahanan 'otai' yang telah menghabiskan masa mereka lebih dari 20 tahun. Jumlah tahanan-tahanan sebegini telah meningkat sehingga sebanyak 123 orang sehinggakan terdapat tahanan-tahanan yang merengkok di dalam penjara Israel dalam tempoh lebih dari 25 tahun.

Pendatang Yahudi Serang Sebuah Keluarga Di Al-Quds

Imej4 Oktober 2010 - Al-Quds (Yang Diduduki) - Pendatang haram Yahudi menyerang keluarga Al-Qarsh di kawasan Al-Sa'diya di Al-Quds yang diduduki Yahudi pada malam tadi dan mencuba untuk mengeluarkan peralatan rumah dari rumah mereka. Para pendatang mengaku yang rumah tersebut adalah milik mereka, yang mana tidak pernah samasekali mereka atau nenek-moyang mereka diami sebelum ini.

Polis Israel campurtangan bagi melindungi para pendatang haram Yahudi tersebut dan mencegah aktivis hak asasi manusia dan wartawan dari organisasi B'Tselem dari memasuki rumah itu bagi merakamkan pencabulan yang dilakukan oleh para pendatang terhadap keluarga Al-Qarsh.

Kempen pengYahudian kini berleluasa di sekitar kawasan tempat tinggal dan bandar Al-Quds, di mana ramai warga Palestin telah kehilangan tempat tinggal setelah rumah mereka dirobohkan atau dirampas oleh pendatang haram Israel.

Dalam insiden lain, seorang pendatang haram Israel telah dengan sengaja melanggar seorang pemuda Palestin, Samir Abu Marih, pada petang Ahad di Bait Ummar, bahagian utara kota Al-Khalil. Pemuda itu mengalami luka di seluruh badannya dan dibawa ke hospital, menurut saksi.

Friday, 1 October 2010

Israel Culik Sekitar 500 Kanak-Kanak Palestin Setiap Tahun

Imej1 Oktober 2010 - Ramallah - Ansar Al-Asra, sebuah organisasi hak asasi manusia, melaporkan kelmarin bahawa Israel menculik sekitar 500 tahanan Palestin di bawah usia 18 tahun setiap tahun dan masih ada 310 orang dari mereka di penjara-penjaranya.

Organisasi ini menegaskan bahawa Israel menggubal undang-undang ketenteraan yang berbau perkauman yang membenarkannya untuk menangkap dan menyiksa tahanan Palestin, sambil menambah bahawa kecaman masyarakat antarabangsa yang berulangkali tidak samasekali menghalangnya dari melakukan pencabulan terhadap mereka.

Ia mengingatkan bahawa Israel mengkelaskan kanak-kanak Palestin sebagai mereka yang berada di bawah umur 16 tahun, sementara kanak-kanak Israel pula sebagai mereka yang berada di bawah umur 18 tahun, dan menggunakan undang-undangnya bernombor 132 bagi membenarkan penangkapan ke atas kanak-kanak Palestin dan menghadapkan mereka ke mahkamah.

Beberapa pencabulan Israel yang disebutkan di dalam laporannya ialah kanak-kanak Palestin di penjara-penjara Israel diancam bahawa jika mereka tidak bekerjasama mereka akan diperkosa dan dibunuh atau keluarga mereka akan disakiti, dan kadang-kadangnya pula mereka ditempatkan dalam kurungan-kurungan khas bersama-sama penjenayah dewasa bagi mengenakan tekanan ke atas mereka.
Sumber: PI   |   Terjemahan: Ibn Abu (Admin)

Israel Menahan Hakim Dan Penduduk Yahudi Serang Seorang Kanak-Kanak Di Al-Khalil

Imej1 Oktober 2010 - Al-Khalil - anggota bersenjata Israel telah menangkap seorang hakim mahkamah di rumahnya di al-Khalil. Di samping itu, penduduk-penduduk yahudi telah menyerang seorang kanak-kanak dengan pukulan yang mencederakan.

Menurut laporan orang ramai, anggota bersenjata menyerbu rumah Jamal Abdul Majid Syadid di kampung Kharsa dan menggeledah barang-barang di dalamnya serta mengheret beliau ke pusat tahanan reman di Etzion.

Dalam situasi lain, sekumpulan penduduk penempatan Yahudi di Kiryat Arba timur al-Khalil telah menyerang Baha' Jaudat al-Ja'bari seorang kanak-kanak Palestin dengan pukulan yang mencederakan. Pukulan itu menyebabkan kecederaan di beberapa bahagian badan dan bengkak pada kedua-dua tangan, dada dan pinggangnya. Walaubagaimana kanak-kanak tersebut telah dikejarkan ke hospital untuk dirawat.