Friday, 8 October 2010

11 Cedera Dalam Beberapa Serangan Israel Di Gaza

Imej8 Oktober 2010 - Sumber perubatan Palestin melaporkan 11 rakyat Palestin cedera pada hari Khamis di Gaza setelah tentera Israel melancarkan beberapa serangan udara, dan berusaha untuk membunuh seorang pejuang penentang. Beberapa buah rumah dilaporkan rosak.

Pihak tentera menembak sebuah misil ke arah sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang pejuang senior dari Briged Helang Palestin, sebuah kumpulan bersenjata yang dibentuk di Gaza pada tahun 2008. Misil tersebut telah mengenai bahagian tepi kenderaan berkenaan yang menyebabkan kerosakan teruk serta mencederakan dua orang penumpang dan dua orang yang berada berhampiran tempat kejadian.

Sebelum itu pada hari yang sama, seorang pekerja tercedera di Bait Lahia, bahagian utara Jalur Gaza, setelah askar Israel melepaskan tembakan ke arahnya. Pekerja tersebut cedera di peha; kecederaannya walaubagaimanapun dilaporkan ringan.

Pihak tentera melakukan dua serangan udara lainnya dengan mensasarkan tanah-tanah pertanian di kawasan tempat tinggal Al-Zeitoun dan Juhr ad-Deek, di Timur Gaza. Tiada kecederaan yang dilaporkan.

No comments:

Post a Comment