Tuesday 12 January 2016

Pelajar Yahudi hadapi tindakan kerana kenyataan anti-Israel


AHAD, 10 JANUARI 2016 @ 12:02 PM

NEW YORK: Seorang pelajar Israel-Amerika berusia 16 tahun berketurunan Yahudi menarik perhatian ramai awal minggu ini selepas tweet anti-Israel membantah layanan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin.
Bagaimanapun, kelantangan dan keberanian Bethany Koval menyebabkan beliau berdepan tindakan disiplin oleh Sekolah Tinggi Fair Lawn selepas rakan sekelasnya mengadu mengenai perkara itu.
Rabu lalu, pegawai sekolah memanggil Koval untuk membincangkan aktivitinya di internet, kemas kini kandungan akuannya, dan menjadikan ia sebagai peribadi.
Koval mengumpul ribuan pengikut di media sosial dalam masa semalam berikutan tuduhan beliau menjadi mangsa buli berhubung mesej pro-Palestin itu.
Hashtag #IStand WithBenny menjadi viral di Twitter apabila pengikutnya menyalahkan pentadbiran sekolah dan sekumpulan pelobi Yahudi di Amerika yang dilaporkan menggelar remaja itu sebagai penyokong pengganas. - AGENSI

No comments:

Post a Comment