Friday 8 January 2016

Israel bunuh lebih 150 rakyat Palestin

Israel bunuh lebih 150 rakyat Palestin

8 JANUARI 2016 BAITULMAQDIS - PALESTIN . Kementerian Kesihatan Palestin berkata, tentera Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 178 rakyat Palestin dan mencederakan 16,200 yang lain sepanjang 2015.
Menurut laporan yang dikeluarkan kementerian itu kelmarin, sekurang-kurangnya 145 pembunuhan berlaku semasa gelombang keganasan yang tercetus selepas pihak berkuasa Israel melarang penduduk Palestin memasuki Kota
Lama di Baitulmaqdis pada Ogos lalu.
Sementara itu, berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), sepanjang tahun lalu sahaja rejim Israel telah merobohkan sebanyak 539 rumah penduduk Palestin.
"Beratus-ratus rumah rakyat Palestin telah dimusnahkan Israel, manakala 742 keluarga dipaksa meninggalkan rumah mereka," menurut laporan itu.
Difahamkan, keganasan Israel berleluasa di Baitulmaqdis dan Tebing Barat sejak Ogos lalu, adalah cubaan rejim Zionis untuk merampas Masjid al-Aqsa, seterusnya merobohkan masjid itu bagi memberi laluan kepada pembinaan Kuil Sulaiman. - Press T
V

No comments:

Post a Comment