Wednesday 2 December 2015

Dua bersalah bunuh, bakar remaja Palestin

Tel Aviv: Sebuah mahkamah Israel, di sini, semalam mendapati dua remaja Yahudi bersalah menculik dan membakar hidup-hidup remaja Palestin yang menyebabkan perang meletus di Gaza tahun lalu.
Sementara itu, tertuduh ketiga, lelaki berusia 31 tahun yang dianggap ketua kumpulan didapati bersalah melakukan jenayah itu, tetapi mahkamah menunda keputusan ke atasnya selepas peguamnya mengemukakan laporan mengenai keadaan kesihatan mentalnya.
Kedua-dua remaja terbabit akan dijatuhi hukuman pada 13 Januari sementara perbicaraan ke atas defendan ketiga Yosef Haim Ben-David dijadualkan pada 20 Disember.
Mohammed Abu Khederi, 16, diculik dan dibunuh pada 2 Julai 2014.
Kejadian itu menjadi antara punca meletus perang 50 hari di Semenanjung Gaza antara Israel dengan pejuang Palestin, hingga menyebabkan lebih 2,200 orang terbunuh.
Bapa Mohammed, Hussein Abu Khdeir menyelar tindakan mahkamah menunda keputusan ke atas ketua kumpulan berkenaan dan menggesa kediaman keluarga ketiga-tiga tertuduh itu dimusnahkan, seperti yang dilakukan rejim Israel ke atas penduduk Palestin.
“Mahkamah bersikap tidak adil dalam kes yang membabitkan Arab dan Yahudi,” kata Hussein kepada wartawan di luar mahkamah.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2015 @ 7:29 AM


HUSSEIN (tengah) mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan di luar Mahkamah Daerah Baitulmaqdis ketika perbicaraan semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/97003#sthash.AvI8YHwb.dpuf

No comments:

Post a Comment