Tuesday 24 November 2015

Zionis rancang bina bandar di Gurun Negev

24 NOVEMBER 2015

TEBING BARAT - Israel telah meluluskan rancangan untuk mewujudkan lima bandar baharu di atas tanah yang dihuni komuniti Arab Badwi di selatan Gurun Negev.

Menteri Perumahan, Yoav Galant memuji langkah diambil Kabinet Israel itu dan menganggap ia sebagai keputusan tepat bagi meluaskan kawasan jajahan rejim Zionis.
Menurut Press TV, sejak beberapa tahun lalu, Israel telah meningkatkan usaha merobohkan rumah penduduk Palestin di seluruh Gurun Negev.
Sebelum ini, kira-kira 40,000 masyarakat Badwi enggan meninggalkan tanah mereka walaupun berdepan ancaman pengusiran secara paksa oleh Israel.
Dalam perkembangan berasingan, sekumpulan peneroka haram Yahudi menyerang rumah penduduk Palestin di bahagian selatan Tebing Barat yang dijajah, kelmarin.
Pelampau Yahudi terbabit menyerang rumah penduduk di kawasan kejiranan Wadi al-Hussein, Wadi al-Nasara dan al-Kasara yang terletak kira-kira 30 kilometer di selatan Baitulmaqdis.
"Mereka bertindak membaling batu ke arah rumah penduduk Palestin. Peneroka haram terbabit 'ditemani' pasukan keselamatan Israel yang tidak menghalang perbuatan mereka," kata ketua aktivis menentang penempatan haram, Isso Amro.
Zionis rancang bina bandar di Gurun Negev
Komuniti Arab Badwi mengadakan protes terhadap tindakan Israel merobohkan rumah penduduk di Gurun Negev.

No comments:

Post a Comment