Palestinian president Mahmud Abbas chairs a meeting of the executive committee of the Palestine Liberation Organization (PLO) in the West Bank city of Ramallah on August 22, 2015. AFP PHOTO / POOL / Majdi Mohammed
GENEVA 28 Ogos – Palestin meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membenarkan benderanya dikibarkan di badan dunia tersebut menjelang pertemuan pemimpin-pemimpin dunia pada bulan depan.
Permintaan tersebut dikemukakan ketika Palestin meningkatkan usaha mendapatkan status negara yang sah walaupun menerima tentangan hebat daripada Israel.
Satu draf resolusi diserahkan kepada jawatankuasa Persidangan Agung bagi meminta bendera Palestin dikibarkan bersama-sama 193 negara anggota PBB.
Resolusi berkenaan yang disokong oleh 21 negara termasuk Algeria, Arab Saudi, Mesir, dan Jordan dijangka diundi sebelum 15 September ini.
Bagaimanapun, wakil Israel ke PBB tidak memberi ulasan lanjut tentang permintaan tersebut.
Persidangan Agung PBB menaiktaraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota pada 2012, sekali gus mengundang bantahan daripada rejim Zionis.
Presiden, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu merupakan antara pemimpin dunia yang akan hadir ke persidangan tersebut pada 25 September ini bagi membincangkan isu kemiskinan dan perbahasan tahunan.
Pope Francis yang merupakan pemimpin Vatican dijadual menyampaikan ucapan pada persidangan itu dan beliau mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka. – AFP
No comments:
Post a Comment