Wednesday, 26 August 2015

Palestin bantah keputusan UNRWA


Palestin bantah keputusan UNRWA

26 OGOS 2015
Palestin bantah keputusan UNRWA Bantahan tersebut adalah yang terbesar pernah diadakan di Genting Gaza. Foto: AFP

GENTING GAZA - PALESTIN. Ribuan penduduk Palestin menyertai protes di sini, kelmarin sebagai membantah pemotongan bajet yang diumumkan Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), baru-baru ini.

Bantahan di luar ibu pejabat agensi antarabangsa itu turut disertai lebih 13,000 guru, pekerja kesihatan dan kakitangan agensi lain.

Media tempatan melaporkan kumpulan penunjuk perasaan tersebut mendesak UNRWA supaya membatalkan keputusan untuk memotong bajet dan mengurangkan program pendidikan di wilayah tersebut.

Susulan daripada protes besar-besaran itu, jurucakap agensi terbabit, Adnan Abu Hasna memberitahu mereka telah menggantung rancangan cuti tanpa gaji yang diumumkan sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qidra memberi amaran beberapa hospital di wilayah itu mungkin terpaksa menghentikan operasi mereka akibat krisis bahan api yang semakin meruncing.

"Situasi ini sememangnya akan memberi kesan kepada sistem penjagaan kesihatan di Gaza," katanya.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan krisis tersebut dikhuatiri menjadi lebih buruk berikutan kekurangan bekalan ubat-ubatan di wilayah terbabit.  - Press TV

No comments:

Post a Comment