Monday 24 August 2015

Festival arak di tanah perkuburan Islam


Baitulmaqdis: Pendatang haram Israel merancang mengadakan festival bir di tanah perkuburan Islam terkenal dan bersejarah di sini.

Festival iTravelJerusalem-Bir itu dijadual diadakan pada 26 dan 27 Ogos ini di Tanah Perkuburan Ma’amanallah di timur Baitulmaqdis yang dijajah rejim Zionis.

Antara mereka yang dikuburkan di tanah perkuburan itu ialah tokoh era awal Islam dan pengikut Salahuddin al-Ayoubi yang membebaskan Baitulmaqdis daripada penguasaan tentera salib pada abad ke-12.

Tanah perkuburan itu diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai tapak warisan dunia.

Ketua jawatankuasa penduduk Palestin di situ Fakhri Abu Diyab berkata, festival yang dirancang itu bertujuan mencetuskan kemarahan penduduk Islam.

Jawatankuasa berkenaan merayu pelbagai pihak, termasuk kerajaan Turki supaya campur tangan untuk menghalang festival berkenaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2015 @ 7:14 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72527#sthash.EQdUCOUe.dpuf

No comments:

Post a Comment