RAMALLAH - PALESTIN. Sekurang-kurangnya 60 tahanan Palestin bertindak memboikot mahkamah tentera sebagai tanda protes terhadap penahanan pentadbiran yang diamalkan kerajaan Israel.

Jurucakap Kelab Tahanan Palestin, Adel Aal al-Nani memaklumkan dua daripada tahanan terbabit turut nekad mogok lapar selama 25 hari berturut-turut.

"Kira-kira 450 tahanan kini diletakkan di bawah penahanan pentadbiran. Majoriti daripada mereka terpaksa meneruskan hukuman tersebut yang diperbaharui secara automatik. Hukuman tersebut boleh dilanjutkan sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa Israel sehingga 10 tahun.

"Susulan daripada itu, kesemua tahanan yang dikenakan penahanan pentadbiran terbabit nekad memulaukan prosiding mahkamah tersebut kerana mereka sedar perbicaraan itu tidak akan dilakukan secara adil," jelasnya pada laporan Press TV.

Sejak pencerobohan Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis pada 1957, lebih 50,000 hukuman penahanan pentadbiran telah dikenakan ke atas penduduk Palestin.