Wednesday 8 July 2015

2 singa Palestin tiba di Jordan

Ibrahim mendukung singa peliharaannya Mona, sebelum melepaskan haiwan itu ke Jordan, Jumaat lalu.
Gaza City: Dua anak singa yang dijadikan haiwan peliharaan di sebuah kem pelarian di Gaza tiba di Jordan lewat kelmarin sebelum dibawa ke taman hidupan liar.
Sebuah keluarga di Gaza membeli dua anak singa itu ketika masih kecil daripada zoo tempatan yang musnah dalam perang antara Israel dan Hamas, tahun lalu.
Dua singa itu yang dinamakan Mona dan Max dipelihara dalam rumah kecil mereka di Rafah.
Dua singa itu dan pengendalinya tiba di Jordan pada malam Ahad selepas bertolak dari Gaza sehari sebelumnya, kata Dr Amir Khalil dari pertubuhan kebajikan Britain, Four Paws.
Perjalanan mereka tertangguh Jumaat lalu apabila Four Paws cuba membawa singa berkenaan keluar dari Gaza melalui Erez.
Israel dan Mesir menyekat pergerakan keluar masuk dari Gaza sejak Hamas menguasai wilayah itu pada 2007.
Cogat - cabang tentera Israel yang mengendalikan pintu sempadan antara Gaza dan Israel - berkata, kumpulan itu tiba di pintu sempadan selepas ia ditutup.
Ia menyebabkan singa berusia setahun itu terperangkap di zon bebas di kawasan sempadan apabila Hamas melarang mereka masuk semula ke Gaza.
Kumpulan itu terpaksa menunggu di sebuah hotel di Gaza berhampiran sempadan sementara Mona dan Max ditambat di luar hotel sehingga pintu sempadan dibuka semula, kelmarin. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2015 @ 9:01 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62603#sthash.npQ62Ra6.dpuf

No comments:

Post a Comment