Tuesday 12 May 2015

Tambah menteri Israel


Baitulmuqaddis: Mahkamah Tinggi Israel semalam mempertahankan usaha kerajaan meningkatkan bilangan menteri Kabinet seterusnya memudahkan proses rang undang-undang di Parlimen.
Parti pembangkang Yesh Atid memohon injunksi untuk menghalang bacaan pertama rang undang-undang bagi membenarkan pembesaran Kabinet daripada jumlah maksimum ditetapkan statut, iaitu 18 menteri kerana dianggap melanggar perlembagaan.
Mahkamah bagaimanapun menolak permintaan Yesh Atid itu.
Usaha membesarkan Kabinet cabaran pertama dihadapi Perdana Menteri Benjamin Netanyahu selepas memenangi manjoriti tipis dengan 61 undian daripada 120 kerusi Parlimen atau Knesset.
Proses perdebatan dijangka mengambil masa panjang.
“Saya harap wartawan membawa beg tidur,” kata ahli parlimen Itzik Shmuli kepada radio tentera Israel semalam. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50194#sthash.0a7PNMOZ.dpuf

No comments:

Post a Comment