Thursday 12 March 2015

Israel roboh pusat perlindungan EU di Baitulmuqaddis


TEL AVIV – Pihak berkuasa Israel kelmarin merobohkan sebuah pusat perlindungan yang dibiayai Kesatuan Eropah (EU) di kawasan penduduk Arab di Baitulmuqaddis Timur, kata EU.
“Kami mengutuk tindakan merobohkan pusat perlin­dungan sementara itu pada hari ini (semalam),” kata EU dalam satu kenyataan.
Dana EU digunakan untuk membantu membiayai sekitar 200 bangunan sementara yang digunakan sebagai pusat perlindungan oleh komuniti Badwi yang menghuni kampung-kampung yang diduduki di Tebing Barat dan luar Baitulmuqaddis Timur.
Israel menduduki Baitulmuqaddis pada 1967 dan kemudian merampas kota tersebut dalam tindakan yang tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
“Struktur yang dirobohkan kelmarin merupakan bangunan diperbuat daripada besi yang dibina di pinggir kejiranan Arab di Issawiya,” kata seorang wartawan agensi berita AFP.
Seorang jurucakap sebuah pertubuhan Israel, Regavim memberitahu bahawa tindakan tersebut adalah luar biasa.
“Tindakan seperti bukan berlaku setiap hari dan tidak pernah berlaku kepada bangunan EU,” kata jurucakap berkenaan.
Pihak berkuasa Israel kerap merobohkan bangunan yang diduduki kaum Badwi di Tebing Barat bagi membina kawasan perumahan untuk komuniti Israel.
Beberapa aktivis berkata, Israel sengaja mengusir penduduk Badwi bagi membina penempatan Yahudi di kawasan Tebing Barat dan di luar Baitulmuqaddis Timur dalam usaha menggagalkan rancangan Palestin untuk mempunyai negara sendiri. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3U911kA5Y 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment