PARIS 16 Feb. - Selepas berhadapan dengan kejadian pembunuhan seorang Yahudi dan sebuah kawasan perkuburan Yahudi dirosakkan, para pemimpin Perancis hari ini membalas panggilan daripada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu membabitkan penghijrahan beramai-ramai masyarakat Yahudi dengan rela kembali ke negara asal mereka.
Beratus-ratus perkuburan masyarkat Yahudi ditemui telah dirosakkan di timur Perancis semalam, sejurus beberapa jam selepas seorang pemuda Yahudi yang menjaga rumah ibadah di Copenhegen ditembak mati.
Seorang lelaki rakyat Perancis dituduh melakukan tiga pembunuhan membabitkan serangan ditapak milik Yahudi itu sejak tahun 2012. Seorang mangsa maut di sebuah sekolah di selatan bandar Toulouse, seorang di sebuah muzium di Brussels dan terakhir di sebuah pasar kosher akhir bulan lalu. Seramai 12 orang telah mati secara keseluruhannya.
Perdana Menteri Perancis Manuel Valls berkata, kerajaan akan mempertahankan masyarakat Yahudi Perancis terhadap apa yang dia sifatkan sebagai Islamo Fasisme. - AFP
No comments:
Post a Comment