Sunday 2 November 2014

Penduduk Palestin bertempur dengan polis


02 November 2014 2:12 AM
SEORANG penduduk Palestin melontar semula gas pemedih mata yang

SEORANG penduduk Palestin melontar semula gas pemedih mata yang dilepaskan pasukan keselamatan Israel semasa brlaku pertempuran di kem pelarian Aida berhampiran Baitullaham di Tebing Barat, kelmarin. – AFP

BAITULMAQDIS 1 Nov. – Penduduk Palestin bertempur dengan polis Israel sejurus selesai solat Jumaat di Tebing Barat, semalam tidak lama selepas rejim Zionis itu membuka semula Masjid Al-Aqsa selepas menutupnya sehari sebelum itu.
Sebuah roket turut dilancarkan dari Gaza dan mengenai kawasan selatan Israel, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ia merupakan roket pertama dilancarkan ke Israel dari Gaza sejak 16 September.
Israel menambah jumlah anggota polis selepas membuka semula Masjid Al-Aqsa, dalam usaha mereka menghalang penduduk Palestin bergama Islam berumur bawah 50 tahun daripada bersembahyang di masjid itu.
Keadaan itu menyebabkan jumlah jemaah yang menunaikan solat Jumaat berkurangan daripada kebiasaan, namun solat Jumaat berlangsung tanpa insiden yang tidak dingini.
Ketua Badan Waqaf Islam, Azzam al-Khatib yang menyampaikan khutbah Jumaat menyifatkan penutupan Masjid Al-Aqsa pada Khamis, sebagai ‘hari hitam’ dan ‘satu malapetaka’.
Jurucakap polis Israel, Luba Samri dalam satu kenyataan berkata, tidak lama selepas selesai solat Jumaat, beberapa pemuda di luar Kota Lama membaling batu ke arah polis Israel yang segera bertindak menyuraikan mereka.
Di Tebing Barat, kira-ira 300 penduduk Palestin membaling batu ke arah pasukan keselamatan Israel di pusat pemeriksaan Qalandiya di utara Baitulmaqdis.
Polis bertindak balas dengan melepaskan tembakan peluru getah dan peluru hidup menyebabkan 12 penduduk Palestin cedera.
Masjid Al-Aqsa dan Kota Lama di Baitulmaqdis serta kawasan perumahan berhampiran menyaksikan keganasan selama berbulan-bulan selepas penduduk Palestin sentiasa berkumpul di kawasan perkarangan masjid itu bagi mempertahankan rumah suci itu selepas beranggapan penduduk Yahudi cuba menguasainya.
Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa perbincangan antara Setiausaha Negara Amerika, John Kerry dan ketua perunding Palestin akan diadakan pada Isnin ini di Washington bagi membincangkan usaha untuk menghidupkan semula proses rundingan damai yang tergendala sebelum ini. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penduduk-palestin-bertempur-dengan-polis-1.19527#sthash.e1V8yzT8.dpuf

No comments:

Post a Comment