KAHERAH 13 Okt. - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, yang tidak dijemput menghadiri persidangan antarabangsa di sini, kelmarin, berkata sebarang usaha untuk membina semula Gaza perlu mendapat persetujuan dari Israel.
"Gaza tidak boleh dibangunkan semula tanpa kerjasama dan penyertaan Israel," kata Avigdor dalam temu bual dengan laman web berita Ynet.
Israel yang menguatkuasakan sekatan terhadap Genting Gaza sejak 2006 boleh menyekat kemasukan bahan-bahan binaan atau dana ke wilayah Palestin. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141013/lu_02/Pembinaan-semula-Gaza-perlu-campurtangan-Israel---Avigdor#ixzz3FyZNo5Gn
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment